Memoir seorang pengalah

Chapter 1:kenapa mak flash back my memory?

Ibu menceritakan kisah kesusahan sulong mencari duit. Sedangkan aku tidak mahu mendengarnya. Perih penderitaanya pedih lagi apa yang dilakukan pada aku. Dia silap orang!!!!

Penderitaannya tiada kerja sekarang bukanlah datang dari sape2....Tapi dari sikapnya yang tidak menentu. Aku percaya dia bukan orang yang jahat. Maka aku juga percaya tiada satu pun manusia yang dijadikan jahat. Tetapi kerasukan syaitan telah menaklukinya untuk memukul dan membelasah adik sendiri. Dalam pada masa mana aku berada di tingkatan enam. Genap beberapa bulan ingin mengambil peperiksaan penting. Hanya disebabkan aku menyatakannya "hopeless", aku diterajang seperti binatang,dipsepak seperti bola. Ditendang seperti musuh dalam pertempuran. Sedangkan aku yang tiada tenaga, tidak makan dari pagi hanya mengingat mati. Sambil bibirku mengucap syahadah dan lailahailallah!!!

Chapter 2:kerana mulut badan binasa

Hampir setengah jam aku dibelasah. Tudungku dirembat hingga beberapa helai rambut menjadi saksi terburai keguguran. Namun tiada siapa membela nasib ini. Kesan parutnya di kepala tidak sudi ditumbuhi rambut baharu. Apabila si sulong sudah penat memaki dan membelasah hampir 30 minit,mungkin dia berasa takut. Tetapi dia sempat berkata "KERANA MULUT BADAN BINASA". sejak dari kejadian itu, aku tidak gemar mendengar peribahasa itu. Sungguh palat bahasa itu bagi aku. Walaupun benar kata-kata itu aku tetap tidak menyukainya. Aku mengambil tudung dan cermin mata di atas simen yang pecah dan tidak rata. Di simen ini aku dihentak. Alhamdulillah aku diberikan nafas lagi.Alhamdulillah....
Apa yang pelik aku tidak menitiskan air mata pada saat perih itu. Setelah aku menyapu luka-luka di segenap tempat dan berehat barulah aku menangis.Menangis kerana aku tidak dapat melawan manusia kejam seperti itu.
“Tidak mengapa,kau tak akan terlepas dari balasan dunia.”hatiku berbisik dendam.

Abah pulang dari sekolah dan cepat mendapatkan aku di dalam bilik. Aku dapat rasakan ada titisan air lembut jatuh di mukaku. Aku tidak dapat menahan sebak. Aku menangis dalam pejam. Abah keluar mendapatkan sulong bertanyakan apakah yang telah dilakukannya terhadapku. Sulong memutar belitkan fakta. Aku dengar dari bilikkku yang dia terlalu berdusta. MELAMPAU!!!KO PERSETAN!!!

Hari-hari yang penuh trauma hidup di rumah ini bagaikan menunggu hari untuk terbang jauh. Jauh dari kesakitan hari ini. Hari ini akan menjadi satu duri. Duri yang perlu aku cantas satu persatu. Aku tahu, kisah aku bukanlah seperti kisah-kisah rakyat Palestin yang terpaksa memanggung derita perang. Tetapi berapa keratkah manusia bertindak kejam terhadap darah daging sendiri. AKU TAK REDHA BODOH!!!

Chapter 3:Hari-hari seorang pelajar tingkatan enam

Ya. Duri-duri ini tidak berhenti setakat itu. Banyak perkara yang terpaksa dilalui sebelum aku belajar di USM. Terpaksa bangun larut malam hampir pagi untuk belajar dengan aman. Terpaksa menahan bau busuk dan hapak dari bau badannya yang membusuk satu rumah. Jika dahulu aku belajar di atas meja tulis yang agak selesa dengan lampu cahaya putih. Aku terpaksa belajar dalam bilik bertemankan lampu cahaya kuning. Mejaku pula diperbuat daripada kotak besar. Keadaan seperti inilah yang terpaksa aku lakukan untuk mengejar cita-citaku. Pada waktu inilah aku merasakan diri ini sungguh dekat padamu Ya Allah. Aku tidak mahu marah dengan apa yang terjadi pada diriku. Aku hanya mahukan kemenangan. Kemenangan dengan apa yang aku perjuangkan selama ini. Aku ingin keluar dari kepompong ini. Aku sayang keluargaku,aku sayang rumah ini. Namun aku perlukan penghidupan yang lebih baik. Dan itu perlu aku cari. Kini kutemui.

Chapter 4: Aku budak kilang

Tamat sahaja peperiksaan STPM,aku memanjangkan kaki mencari kerja bersama rakan-rakan. Namun tiada panggilan. Sehinggalah aku menemuduga di kilang lama, aku diterima bekerja semula. Aku menjalani kehidupan sebagai operator di bahagian sub. Boleh dikatakan ramai yang telah mengenali aku dan ada yang terkejut aku bekerja semula. Kehidupan sebagai operator sememangnya memenatkan. Beberapa hari mula bekerja di kilang itu aku dipindahkan ke kilang cawangan kedua tidak jauh dari situ. Di situ aku berkawan dengan beberapa budak sekolah arab. Mujur mereka tidak seperti budak arab yang lain. Meskipun mereka berpakaian sopan dan bercakap sopan,namun aku begitu seronok berkawan dengan mereka. Namun saat itu tidak lama. Mereka melajutkan pelajaran dan aku selepas itu berkawan dengan beberapa pekerja yang lain. Pergi seawal 7.30 pagi itu sempat untuk aku bersiap dan makan pagi kadang-kadang. Balik pula tidak tentu. Paling awal 5.30 petang. Namun aku banyak mengambil overtime untuk menambah duit poket. Jika aku tak OT manalah cukup RM 420 sebulan. Maklumlah aku ni malas nak melekat kat umah pula. So aku pun OT la. Aku gembira kerana kadang2 ia mencecah sehingga rm600. Itu sudah cukup pada aku melihat slip gaji hasil titik peluhku sendiri. Berhempas pulas bekerja siang dan malam. Pagi  bertemu malam,malam bertemu pagi. Sudah genap beberapa bulan dan tinggal beberapa hari lagi keputusan STPM keluar. Aku agak gementar namun terus tenang bekerja. Kadang-kadang aku terlupa tentang itu.

Chapter 4: Debaran result!!

Satu hari sedang aku bekerja, seorang rakan memberi mesej membawa perkhabaran yang hari ini keputusan keluar. Aku membalasnya bahawa aku tidak dapat mengambil keputusan peperiksaan hari ini. Dia memberitahu cara-cara mengetahui secara SMS. Setelah beberapa jam bekerja, aku pun mencuba SMS tersbut. Bila ada mesej masuk dan kepala mesej menyebutkan tentang keputusan peperiksaan, aku cepat-cepat masuk ke dalam tandas. Aku pun membuka mesej. Alangkah gembiranya apanila aku mendapati bahawa aku mendapat 5p. Sungguh gembira apabila keputusan yang aku perolehi lebih baik daripada apa yang aku harapkan selama ini. Alhamdulillah. Doa ibu bapaku makbul sekali lagi. Aku pulang ke rumah selepas OT dan menunjukkan terus mesej tersebut kepada ibu bapaku. Mereka sungguh gembira dan memeluk erat.




dah baca? pe kata awak tgal komen...

0 comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Exchage ur link

Iklan sat~~