main masak-masak

Masak Telur dadar Julia                                                                         


Telur ayam~3 biji-basuh dulu...jangan selekeh
Lada besar (merah~1 tangkai-hiris
Bawang besar~1/2 ladu-potong bulat2
Bawang putih-untuk hilangkan hanyir
Garam halus-hujung sudu besar
Minyak 2 sudu makan
Garam 


1. Pecahkan telur. Masukkan dalam mangkuk. And then tepuk dengan garam sampai berbuih halus(naik).Nak sedap lagi tambah Mayonise.
2.Masukkan bahan (lada.bawang besar,bawang putih)
3.Panaskan kuali -minyak 2 sudu makan
4.Masukkan telur dengan cara tuang membulat.
5.Make sure api kecil ,jaga baik2.
6.Angkat bila dah kuning kecoklatnya.
7.Hidangkan.









Pecel Jawa(masak lemak cili api)




Ikan kembung-4 ekor
Bawang putih-3 biji
Bawang merah-2 biji
Cili api-10 biji(kalau tak tahan pedas kurangkan)
Santan -2 cawan
Isi cekur-3 biji
Garam


1.Goreng ikan yang telah dirempah (garam+kunyit+bawang putih=tumbuk) sampai kuning keemasan.
2.Tumbuk cili bersama bawang putih,merah dan cekur hingga lumat.kemudian masukkan ke dalam periuk
 bersama santan.
3.panaskan hingga hampir mendidih,kemudian masukkan ikan dan garam secukup rasa..kecilkan api didihkan sekejap sehingga rata kemudian  hidangkan.




Macaroni sup ala Julia


Macaroni-1 cawan-rendam dulu
Bawang putih-2 biji
Bawang merah-3 biji
halia-1 inci
Bunga lawang-2 biji
Kayu manis-1 je
Garam
Air-3 1/2 cawan


1.Panaskan minyak. Masukkan bunga lawang dan kayu manis. Tumis sampai naik bau taw...
2.Masukkan bawang putih,merah dan halia. 
3.Kacau jangan sampai hangit.
4.Bila dah kekuningan dan naik bau. And masukkan ayam dan kacau.
5.Masukkan air dan biar didih.
6.Masukkan macaroni.
7.Masukkan sayur-sayuran.(ikut suka-lobak,kentang,kobis bunga)
8.Masukkan garam lebih kurang 1/2 sudu.
9.Bila semua dah masak kasi angkat.


~~~Hidangkan dengan hirisan daun sup~~~YuummYYY!!!




Sayur bayam goreng


Bawang merah-3 biji    
Bawang putih-2 biji
Sayur bayam(basuh)
Ikan bilis-1 1/2 sudu makan
Garam
Pati kiub ayam/bilis/tumix
Cili kecil-3 biji


1.Mula-mula tumbuk bilis sampai lumat. Kemudian masukkan bawang merah dan putih dan lada dalam lesung,tumbuk sekali.
2. Bila dah lumat,tumiskan bahan tadi dalam minyak panas(2 sudu makan).
3.Bila dah naik bau, masukkan sayur bayam. Gaul rata dan masukkan kiub ayam(1/3 sahaja).
4. Rasakan sikit kat lidah. Masukkan garam ikut keperluan.
5.Bila dah hijau layu,kasi angkat dan hidang.


Puding roti enaq


Bahan-bahan ( 5 orang )

  • 1 paket roti (5 ketul)
  • 1 kg susu
  • Gula secukup rasa
  • 1 camca besar mentega
  • Secubit garam
  • 1 camca kecil esen vanila
  • 1 biji telur

Cara-cara

  1. Roti dicarik-carikkan kemudian rendam bersama susu, gula, mentega, garam dan esen vanila.
  2. Setelah roti agak lembut, masukkan ke dalam loyang dan kukus selama 3/4 jam.
  3. Setelah masak, angkat dan hidangkan.

dah baca? pe kata awak tgal komen...

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Exchage ur link

Iklan sat~~