Debaran dan kerunsingan membuat keputusan

Nak pindah ke tak? Itu yang bermain di fikiran aku. Siapa2 rakan yang terbaca nurkilan ini,janganlah berfikiran senang sewenang-wenangnya. aku yakin, hanya diri aku yang mampu meletakkan diri aku pada situasi ini. Cukuplah dengan apa yang berlaku. Mungkin ada sedikit serba salah mahu meninggalkan rumah ini. Tapi hati aku kuat nak redah satu fenomena baru. Mungkin aku dapat belaja benda baru seperti mana aku lalui ketika di tingkatan dahulu. Melalui usia 19 tahun bukanlah mudah sebagai anak gadis seperti aku. Melanjutkan pelajaran selepas PM dengan berpakaian sekolah sangat dikutuk dan dielakkan bagi mereka yang mahu ke menara gading. Tetapi untuk aku, ini adalah jalan terbaik yang aku lalui untuk masa ini.

Rakan-rakanku yang sentiasa ku sayang,...sangat aku sayang sehingga sekarang. Walaupun pedas bicara memedihkan telinga, namun ia cukup sebati dengan diri kami. Nadia , Mala, Ira, Nurul,Atim..dan semua2 yg tersebut banyak kerenah. Tapi takdelah sampai nak 'membunuh' rakan sendiri. Cakap depan2, gaduh depan2...sebusuk2 mulut korang, korang tetap kawan aku sampai bila2. Dalam saat aku ghairah mengejar status seorang murid fav8 cigu isa,...aku tenggelam dengan dunia orang lain. Nampak orang lain lebih berbakat, dan bila saat ini, kita jadi semakin bersemangat. Aku tahu dia hanya 'imitasi'. Tapi aku tetap nak peluang kedua untuk wakil sekolah ke peringkat kebangsaan dan antarabangsa. Cukuplah dengan tawaran cikgu Roslan aku terlepas,...aku tak nak terelepas lagi. Padahal aku puyer keje lagi bagus! Nape aku tak diberi peluang kali kedua???Kenapa????Aku hampir dapat apa yang aku nak....merantau ke negeri dan negara lain untuk merebut juara. Juara tak penting sangat tapi pengalaman aku nak!!!Punyelah aku termakan hati dengan Cikgu Roslan, pemandanganku makin kelabu di SMK Benut. Aku mula mual dan letih untuk ke sekolah. Aku terpaksa ke sekolah awal pagi sebelum jam 6.30 pagi . menaiki motor bujang (honda cup 90)paten lama...ntah korang tahu ke tak...hehhe...aku naik motor ke hujung kampung. kemudian tinggal motor untuk naik bas. Kadang2 aku ponteng dan belajar di rumah. Mak tak pernah bising aku tak ke sekolah. Sebaliknya aku bantu mak di rumah nak buat menda2. Abah???Jangan ditanya...kalau dulu bolehlah aku jawab : Abah, kita sakit perut. Tak pun demam. Hhhahahahah...tapi sekarang aku akan cakap,...kat sekolah tak belajar sangat. Malas g sekolah. Bas dah tinggal,lambat dah. Abah hanya menyebut...Ju...ju...(sambil tersenyum).

Tingkatan enam bukanlah pilihanku. Setelah aku study tak bepe nak hard,...Aku hanya mampu beri 4A untuk keluargaku. Mungkin ia cukup2 makan untuk aku ke universiti. Aku dapat U.Tapi kos...Hotel dan Pelancongan...buat apa? Mula2 aku nak pergi. Aku pujuk mak. Mak kata "Ju,..nampaknya permintaan ju tak dapat perhatian."Bila aku tunggu yang lain....pon tak ada jugak. Di dalam aku berada di tingkatan enam, aku berdoa untuk dapatkan univerisiti lain...Tapi dunia aku makin kelabu...

korang bayangkanlah...kain form 6 ni pon kelabu..G sekolah,...menda2 belajar pon kelabu. Tambah ngan cikgu die beranak lah menda. Aku sangat ketinggalan pelajaran. Aku tak yakin boleh lulus STPM kalau terus begini. Lama-lama bapak aku tanya aku...

"Ju, kalau abah pindahkan ju kat Tun Sardon, nak tak?"abah tanya.
"Erk...?boleh ke?"aku bingung.
"Eleh,.abah buat semua boleh. Tinggal serah kat ju nak pindah ke tak?"abah mengetuk rokoknya.
"Tengoklah dulu..."(dalam hati,takut risiko)

Risiko yang aku paling takut sekali adalah untuk menyesuaikan diri dengan rakan-rakan baru. Aku takut aku takde kawan. Aku senaraikan risiko-risiko yang aku perlu ambil untuk aku pindah. Aku ambil masa ni sangat lama,...aku pon tak ingat. Aku tak cakap pon ngan kawan2 aku yg aku nak pindah. Sebab aku risau diorang ubah fikiran aku. Kalau orang lain susah sangat nak pindah skolah,..bapak aku uruskan aku sekejap aje. Kitorang masa tu kire jalan2...singgah sekolah benut dan ke pejabat. Pastu bual2 kejap,..bg GB tengok surat. Terus boleh tukar sekolah. Untuk pengetahuan semua, sekolah ni dengan sekolah yang bakal saya pindah ni lain daerah...tu yg susah tu.

1st day yg mendebarkan......

Aku ngaku seorang yg sangat pemalu dulu. Tak macam sekarang tak berapa. 1st day aku kat sekolah TUn Sardon ni atau SMKTS sangat berbeza dengan sekolah lama. Sekolah ni dengar2 sosial. Lain sangat dan aku rasakan mmg sosial...hhehehe...mula2 tak dapat terima kenyataan tp lama2 aku yg over dose.

1st day...aku berjumpa dengan guru sekolah rendah aku yang garang ketika di SK Belahan. Nama dia Cikgu Razali. Dia masa tu ajar matematik. Pertemuan kami penuh hikmah. Kebetulan dia rakan baik abah dan sangat mengenali abah dan keluarga kami. Tapi dia tak cam aku anak abah.(kawan dia)

Ni dialog kami

Dia masuk ke kelas...aku terkejut melihat dia. Tak sangka dia yang mengajar aku pada 10 tahun lalu (aku darjah 3) mengajar aku kembali di sini pada usia aku 19 tahun.

cikgu cek2 nama kehadiran

(bersambung....)

http://www.emocutez.com
dah baca? pe kata awak tgal komen...

0 comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Exchage ur link

Iklan sat~~