Tapi adakah motto "Satu Malaysia" tu tepat untuk menjadikan kita seperti satu bangsa yang baharu? Walaupun bukan itu yg dimakdkan tapi saya kira begitu. Tidakkan jika enak kita makan satu persatu makanan yg berlainan rasa secara bergilir-gilir. Dapat anda bayangkan makan nasi lemak,roti canai serta kuahnya dan kuew tew goreng yang diadun sebati dalam satu mangkuk. Kemudian anda makannya???Nama makanan ini saya namakan makanan 1M.
Manisnya menjadi anak melayu berkerturunan jawa seperti saya. Mengenakan kain batik sebagai budaya. Megahnya mengenakan songket sebagai busana perkahwinan. Bagaikan tiada tandingan tenunan songket dari benang-benang emas yang melambangkan jati diri kami.
Tapi mengapa masih mahu mencelup diri dalam cairan karat. Sehingga rambut pun sudah tiada bermaya lagi. Kekalkan jati diri kita sebagai bangsa budiman. Jadikan kita insan yang mengenal adat serta budaya. Junjunglah agama selagi nyawa dikandung badan.
Jangan hanya namanya berbangsa,tapi sibuk mendukung biawak hidup. sekian.
-penulisan oleh: songketemas
0 comments:
Post a Comment