Serangan belated besday!

 
Minggu lepas satu pasukan penyerang "belated besday" telah ditubuhkan untuk menyerang bakal mangsa serangan belated besday..HAhhhhahhah....Gambar kat atas ni mangsa paling lemah di mana ia tidak sempat melarikan diri dengan serangan kedua yang telah dilakukan selepas mangsa pertama (Amir). Beliau juga tidak menyangka bahawa kami telah mempersiapkan agenda ini untuk mengenakannya..Wawakkakaka..
ini antara yang terselamat pada permulaan peperangan. Namun akibat serangan bertubi-tubi mereka tak sempat melarikan diri.
Lelaki di tengah2 itu adalah kroni Cik Iena nombor 1.Memang paling terror kenakan orang!! aku pun nak dikenakannya. Tapi dia akui dia naik semput kejar aku sebab aku lari laju macam enjin kuasa kuda..hahha..silap orang....
Cuba tengok diorang ni dah macam zombie Kg.Sabak.Hahhah..lucu2 tengok..
Ni pasangan ideal yang memang macam anjing dan kucing. Yang laki ni mmg suka usik orang. Nak2 plak mangsanya si perempuan tu. Mana tau diorang berjodoh kan..Heheh...
Ni lagi satu ni...2 lawan 1.Tak terlawan lah...
Tengok yang ni pon orang yang sama. Memang kena ajelah yang lain2.Memang kuat ngusik orang!!Tension kadang2...
Masing2 cari mangsa
Ni mangsa pertama yang kiri tu. Ntah macam mana dia terlebih sporting aritu. Selalu naik angin jer..
Ha..ini menarik. Housemate aku saling berkejar. Yang mengejar(baju pink) yang dikejar (baju hijau). Baling guna tepung dan air.

dah baca? pe kata awak tgal komen...

Kenapa anda harus tonton 3 idiots?

Filem 3 idiots adalah satu filem hindustan yang pertama membuatkan air mata gadisku mengalir lebat. Ngee...bukan sebab sedih tau,tapi watak dan jalan cerita yang sangat menyentuh hati berjaya membuatkan aku nangis. Kenapa anda perlu tengok filem ni?

1--Ada Aamer Khan dan Kareena Kapoor. Memang aku tak minat Kareena tp bila tengok cerita ni,aku ase wataknya sangat bermakna. Seorang perempuan kuat hati dan periang.

2--Watak yang pelbagai

3--Jalan cerita lain dari yang lain.

4--Sifat Amer Khan yang sangat baik pada aku dalam perhubungan persahabatan hanya dapat diukur melalui pengorbanan yang dilakukan demi rakan karibnya.

5--"Jangan mengejar kejayaan,tetapi kecapilah kecemerlangan. Kejayaan pasti akan menyusul".Ini salah satu kata-kata motivasi yang sangat bermakna dalam cerita ni.

6--Semuanya baik-baik sahaja(all is well). Kata-kata yang selalu disebutkan AK dalam cerita ni sebenarnya ucapan motivasi yang dapat membina psikologi yang sihat.

7--Dia menceritakan bahawa belajar menghafal adalah suatu kesilapan umum. SAYA SETUJU! Sebaliknya memahami sesuatu itu dan jadikan amalan adalah lebih baik.

8--Kena tengok sendiri baru leh tahu ea...

Tapi aku jamin korang akan suka tengok cerita ni sebab aku yang susah sangat nak tengok cerita hindustan pun ley tengok citer ni lebih sekal..hhahah(malu r nangis).


dah baca? pe kata awak tgal komen...

Bila guna barang orang menjadi 'tabiat'

Kenapa aku tiba-tiba nak sentuh bab ini erk? Memang secara biasanya mengguna/meminjam barang orang ni jadi tabiat. Nak2 plak kawan sebilik,serumah,adik beradik,rakan sekelas. Contoh aku bagi,rakan sekelas suka pinjam liquid paper dan pen. Kadang2 sampai tak pulang(buat atuk). Hmmm....
Meh kita tengok apa barang yang selalu orang pinjam..

Carta 3 "housemateku suka meminjam"
Tangga 1--suka pinjam baju. Nak2 kalu g hang out...Konon takde baju yang sesuai. Nak macthingkan dengan selendang,sanggup pinjam baju kawan. Kawan pun jenis tak kisah. Tapi...kalau dah bertahun dia guna tak pulang,apa tak bankrap si kawan tu. Cian2...

Tangga 2--Pinjam duit. Ni paling parah. Nak2 yang suka beli barang2 branded. Duit takde tapi nak pakai hot stuff.Konon up to dated. Pe guna kalo up to date,tp hutang tu dah sampai exp date!?Lu pk sendiri...

Tangga 3--baldi/bakul baju/hanger
Hok ni aku pernah lalui. Yang mana ada r sorang kawan tu pinjam aku puyer jaring baju yg wat isi baju kotor tu. Sehari tak pulang,....2 hari tak pulang...3 hari tak pulang...hari keempat masih tak pulang. Dia masih perkasamkan bajunya di dalam bakul kain itu. Lalu pada suatu hari aku mahu membasuh bajuku. Terpaksa aku meletakkan baju-bajunya di dalam bekas lain. Maaf yea kawan. Saya nak pakai gak bakul ni...Ngee....
Tak cukup ngan tu, aku baru beli hanger helikopter yg wat sangkut spentot and brazil. Baru guna sekali,ianya telah dipinjam lesap tanpa ada gerenti...Nguuu...sekali lagi hampa dengan peminjam tak bertauliah ni..Parah jiwa....

Carta 3 " classmate aku peminjam"

Tangga 1--suka pinjam pen. Memang pen murah tp kalo dah 5 batang hilang dalam masa sebulan. Tauke babi pun marah anak dia pinjamkan pen kat kawan2..

Tangga 2--Pinjam novel/buku
Kalau nak dikira sebuah novel tu harga dia paling koman rm19.Tol tak? Nak2 si gadis2 ni suke sangat baca novel cintan. Sampaikan novel tu bertukar-tukar peminjam tanpa diketahui oleh si pemilik. Kadang2 memang wat si tuan ni bengang. Bila tak bg pinjam kata kedekut lak...

Tangga 3--Duit
 
Memang biasa hutang tak langsai. kadang2 peminjam lupa yang dia ada hutang. Takut sebenarnya kita kena pikul duit yang besar di akhirat nanti untuk dipulangkan kepada si pemiutang.Tapi dah tak ingat. HALAL jelah...http://www.emocutez.com





dah baca? pe kata awak tgal komen...

Header blogger kabur/blur

Semalam time nak tukar header ntah nape.dia jadi kabur sangat. Bila dalam fail biasa gambar cantik takde masalah,tapi bila upload jd header kabur gler..So apa aku buat adalah
> Upload gambar header tu kat photoucket.
> Dapatkan url dia/direct link.Copy
>Paste kat url web.

Hasilnya sungguh menggembiarakan. Maybe ada yang ada masalah ni. So, saya kongsi bersama anda..Wink.Selamat malam semua.http://www.emocutez.com

dah baca? pe kata awak tgal komen...

Eye liner liquid and pencil tutorial

Ramai gadis yang gemar make up tapi tak berani pakai make up sebab takut jadi cam hantu lah,takut comot dan banyak lagi. Hari ini terajin lak nak kongsi cara menggunakan eye liner cecair dan pensil.
Hope you enjoy~



                                                                                                                   
dah baca? pe kata awak tgal komen...

Senaman kurangkan kedutan area mata


Tak tahulah betul ke tak,tp aku kadang2 wat gak...
http://www.emocutez.com
dah baca? pe kata awak tgal komen...

Solekan mata smokey


Tengok muka Kim ni biasa je sebenarnye.Tapi dia berjaya make-up mata dia jadi cam hantu asap yg zantek..nak try?Tengok lah video ni.
http://www.emocutez.com
dah baca? pe kata awak tgal komen...

"Bloglist Istimewa untuk Blogger Baru"

Berblogging = hobi masa lapang dan tak berapa lapang.  Aku suka share cerita,tips dan apa-apa yang terlintas kat kepala ngan orang lain. And aku suka berkawan. So aku rasa selain bersosial di tempat belajar dan FB, aku perlu ada rakan2 blogger yang pelbagai latar belakang. Kenapa aku suka bloging?:
- Kumpul kawan.
- tengok n usah2 blog diorang
- Belajar dari tutorial entry
- Amik maklumat wat assigment
- Puas hati kalau ada orang baca apa yang kita tulis.

so...dengan ini, aku amat mengahargai ashfantasy24 yang tiba2 ada idea buat ruang sebegini utk bloger setahun jagung macam aku.TQ~http://www.emocutez.com
dah baca? pe kata awak tgal komen...

Dunia CiLik \(^_^)/: PRA 3109: STRATEGI P&P DALAM PENDIDIKAN KHAS

Dunia CiLik \(^_^)/: PRA 3109: STRATEGI P&P DALAM PENDIDIKAN KHAS

http://www.emocutez.com
dah baca? pe kata awak tgal komen...

Pulau Tioman

Di Malaysia, ternyata banyak lagi destinasi pelancongan yang menerujakan. Saya sudah bertahun-tahun tidak menjejakkan kaki ke pulau. Ada satu masa hati ingin menjejakkan kaki ke sana untuk melakukan tugasan School Based Experience. Memang tidak disangka-sangka peluang untuk melakukan tugasan disekalikan dengan niat melancong sungguh menggembirakan. Memang puas hati r!!!!Ini antara gambar-gambar yang sempat saya snapkan selama seminggu di sana.

Ni pasir kat depan rumah tumpangan...memang halus dan bersih

Ini air laut yang sangat bersih dan jernih.Pemandangan ini diambil di Taman Laut,Tekek

Ini di Pulau apa ntah.Tak ingat.Pulau pasir Puteh ase.Memang cantek sangat3x.Bersih dan putih pasirnya.

Ini sirip namanya.Sejenis haiwan yang sangat tajam dan bisa. Baunya hanyir.
Ini pemandangan Taman Laut daripada atas jambatan. Masa ni saya tengah bg ikan makan roti.Memangberebut-rebut ikan ni cam pirana.Best sangat!!!



Ini pula, singgah di Kampung sebelah Kg.ABC.Lupa nama dia...
Ni Pulau Harimau.Kalau pandang daripada atas memang cam tapak harimau. Pandangan dari sisi macam harimau sdang baring sisi.
Ini viem masa di Pulau tempat snorkeling. Memang takdapat lupa. Ada 3 yu sebesar 6 kaki mengelilingi saya dalam laut. Walaupun agak takut,tapi sangat seronok!!

Ni antara chalet yang ada di Kg ABC. Pelancong luar ramai sewa sini. Di samping mereka ramah juga tak lokek senyuman bila bertentangan bahu.


 Ni kat jeti Taman Laut. Bagi ikan makan roti
 Pemandangan daripada atas
 Pulau Pasir Puteh yang sungguh indah
 Pemandangan sekitar Taman Laut
 Pemandangan sekitar Pulau
 Ni batu-batu besar kat tengah laut. Kawasan ni banyak Yu
 Tengok dia puyer karang mati. Bersih dan cantik.Tapi yang dalam air sangat bahaya. Kaki saya calar balar sbb jatuh die.

Ni kat Pulau sekitar-sekitarnya. 

http://www.emocutez.com

dah baca? pe kata awak tgal komen...

Kosmetik v2

http://www.emocutez.com
Feminine wash/pembersih wanita

RM 12.90

Haruman lembut serta pH yang sesuai untuk bahagian intim wanita. Amat sesuai untuk semua peringkat umur kerana ianya lembut. Juga sesuai untuk kulit sensitif. Berupaya menghilangkan bau dan mengurangkan keputihan ringan. Melembapkan dan memelihara kulit.





Bedak Talkum

RM 4.90

3 haruman yang menarik dan lain dari yang lain. Ianya juga membuatkan anda berasa yakin dengan haruman yang mengasyikkan.

~Pink-wangi seperti di taman mawar khayalan.
~Hijau-energetik, segar dan kuat
~Oren-Bau bunga-bungaan dan hutan tropika




Body Perfumes

RM 24.90

Amaze~Untuk jejaka
Romantic~Untuk si manis jelita. Pati bunga rose

~Haruman yang tahan lama/long lasting
~Tiada alkohol



Cute perfumes~mudah dibawa ke mana-mana & tiada alkohol

RM 9.90

3 haruman yang mempersona

~Lovely - haruman lembut ala rose sesuai untuk kita yang feminin
~Destiny-haruman yang eksotik sesuai mereka yang unik
~Charming-haruman menggegarkan ilusi selincah dirimu



Make-up foundation

RM 49.90

~Melembapkan kulit
~Menyamar noda
~Kulit tampak licin dan halus
~Kulit lebih cerah dari sebelumnya
~UV protection




Bedak kompak

~RM 19.90

Bedak kompak yang paling bagus saya gunakan. Ianya menyerap minyak dan tampak mulus di wajah. Senang ditanggalkan dan tidak menyebabkan jerawat.

Fungsi:~Menyamar noda
~Mencerahkan kulit wajah dengan penggunaan kerap
~Menyerap minyak dan kilatan
~Kulit lebih bermaya dan berseri-seri






Bedak kompak mini

~RM 7.90

Terdapat dua tona
~natural
~Light


Eye Shadow

RM 18.90

4 rona pilihan

~Hjau
~Biru
~Brown-black
~Purple-pink







  

dah baca? pe kata awak tgal komen...

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Exchage ur link

Iklan sat~~