Peserta realiti tv yang zantek...

Bila tengok tv astro kat umah kakak aku ni,ada lah satu realiti tv yang agak kelakar dan menjengkelkan. Peserta wanita yang agak cantik (menganjing) expose diri lebih2..hahahah.....dia puyer over tuh kalah Amber Chia supermodel tuh...Jika kalau aku tengok Amber tu manis dan elegan mengenakan pose yang santai tp glam...kali ni aku tengok perempuan2 ni posing cam ape2 ntah..Kena gigit semut terus takley jalan. Mengharapkan orang mendukungnya. Mana ley jadi model lagu tuh kakak adik....

Setahu aku,american top model tu macam2 shot diorang ley wat...siap dalam air pegang ular lagi...Muka stedy je...ni baru kena gigit semut dan cam minah sakai terjerit2...pe kes beb??

Aku mengritik ni tuan badan suka ati lah nak kata aku ley kritik ke tak...tp yang hakikatnya..ko dah pilih jalan untuk dipamerkan di media.So orang tengok ko gane...and kenalah terima pandangan orang...tv untuk ditonton...Kami (penonton) bayar bil/astro. So sama ada kitorg meluat ke tak....memang suke tgok kegedikan peserta realiti tv ni...hahha...ketawa lagi...hahhaha....
dah baca? pe kata awak tgal komen...

Masalah muka berminyak-atasinya

Masalah kulit berminyak tidak dapat dielakkan oleh wanita asia. Cuaca yang terdedah dengan sinaran matahari akan cepat mengeluarkan peluh dan minyak. Tambahan pula, penggunaan kosmetik dan tidak menitikberatkan penjagaan kulit muka berminyak boleh menimbulkan masalah jerawat serius. Antara pengalaman saya menjaga kulit berminyak adalah:

- Selalu bersihkan muka dengan pencuci muka sesuai. Urut muka tu. Cuci lama-lama dan cuci sekurang-kurangnya 2x sekali.
-Pakai toner. Ini penting untuk rapatkan pori-pori. So,minyak kurang keluar.
- Pakai pelembap bebas minyak. Gunakan yang berasaskan air.
-Pakai bedak sejuk. Baik untuk kulit.
-Bila bersolek pastikan,guna bahan bedak yang ringan dan membolehkan kulit bernafas.
-Bersihkan solekan dengan susu pembersih atau make remover. Pastikan muka anda betul2 bersih. Baru tak tersumbat.
dah baca? pe kata awak tgal komen...

Rambut hitam berkilat

Ia selalu dilakukan di spa rambut tradisional. Penggunaan santan dalam perawatan rambut telah wujud zaman-berzaman. Khasiatnya yang dapat menyihatkan rambut terbukti pada zaman datuk nenek kita.

Sebaik-baiknya gunakan santan yang diperah sendiri. Anda juga boleh membeli santak segera sebagai altenatif. Pertama,basahkan rambut dan keringkan sedikit. Kemudian,sapukan santan ke rambut anda. Urut kulit kepala agar pengaliran darah lancar. Lakukan selama 10-15 minit. Kemudian bilas dengan bersih. Ingat ye bilas sampai bersih. Kesannya anda akan mendapat rambut yang lembut,berkilat dan bermaya.
dah baca? pe kata awak tgal komen...

Sirih melegakan kesakitan mata

Sekiranya di rumah anda terdapat daun sirih di kala anda sakit mata. Apa yang anda boleh manfaatkan adalah mengambil beberapa helai daun sireh bertemu urat. Rebus daun sireh dengan air. Biarkan sejuk secara semulajadi. Kemudian masukkan air tebusan tersebut dalam mangkuk kecil. Dan kelipkan mata dalam air sireh tersebut. Petua ini juga boleh dilakukan jika tidak sakit. Ia akan mencantikkan putih mata kita serta menyihatkan mata.
dah baca? pe kata awak tgal komen...

Hilangkan kutu kepala

Tumbuk 3 ulas bawamg putih guna lesung batu. Kemudian lumur di kepala dan bungkus dengan penutup rambut/plastik. Biarkan 1/2 jam.Kemudian syampu rambut anda. Cara ini dapat membunuh kutu2 yang ada di kepala anda yea. Jangan biarkan kutu menghantui hidup anda...
dah baca? pe kata awak tgal komen...

Hilangkan parut kulit kaki

Kulit pisang muda boleh menghilangkan parut kecil/nipis. Ambil kulit pisang muda kemudian gosokkan di bahagian parut. Lakukan kerap. Insyalallah mujarab. Selamat mencuba.
dah baca? pe kata awak tgal komen...

Harga gas naik melambung

Apa kes ni???semua barang naik...tepung, gula, minyak peper lagi...ROKOK naik saya setuju.

kali ni gas naik harga melambung kepada RM30. Saya ni bukanlah apa. Tanaman belakang rumah sudah dirosak monyet. Sumber pendapatan berkurang. Gas buat msak plak naik. Ayam pun bukan murah lagi kan ikan.Jadi apakah usaha-usaha...untuk tidak cepat menipiskan wallet anda. Baca.

1)Gunakan basikal ke tempat kerja/kedai/rumah sape2....

Moral:
Tak guna minyak.Mesra pengguna.Tak perlu lesen.Selamat sebab tak laju.

2)Ternak ayam dan bela ikan
Moral:
Jimat.Selamat.Anda tahu sumber makanannya. Anda pasti ia halal sbb ayah/abang/ suami yg sembelih.. Sihat.

3)Tanam sayuran
Jimat.Selamat.Berbudi pada tanah(pahala).Tak beracun.Segar.
dah baca? pe kata awak tgal komen...

Tulip wonderhometown

Alice in kangkung
front view
Rumah pusaka Muar umah nenek

dah baca? pe kata awak tgal komen...

Tulip wonderhometown




dah baca? pe kata awak tgal komen...

Lebatkan rambut

Banyak rambut dah gugur???Meh kita nak kongsi lagu mana nak lebatkan rambut. Saya pernah buat tau.
Ambil beberapa helai daun rambutan muda dan daun bunga raya. Ramas dalam  2 cawan air sampai keluar lendir. Kemudian sapu kat rambut tu. Urut-urut kulit kepala tu. Pastu balut 3 jam dengan penutup rambut/plastik muat2 kepala. Kemudian bilas bersih2.Amalkan ea.....ok.
dah baca? pe kata awak tgal komen...

Memoir seorang pengalah

Chapter 1:kenapa mak flash back my memory?

Ibu menceritakan kisah kesusahan sulong mencari duit. Sedangkan aku tidak mahu mendengarnya. Perih penderitaanya pedih lagi apa yang dilakukan pada aku. Dia silap orang!!!!

Penderitaannya tiada kerja sekarang bukanlah datang dari sape2....Tapi dari sikapnya yang tidak menentu. Aku percaya dia bukan orang yang jahat. Maka aku juga percaya tiada satu pun manusia yang dijadikan jahat. Tetapi kerasukan syaitan telah menaklukinya untuk memukul dan membelasah adik sendiri. Dalam pada masa mana aku berada di tingkatan enam. Genap beberapa bulan ingin mengambil peperiksaan penting. Hanya disebabkan aku menyatakannya "hopeless", aku diterajang seperti binatang,dipsepak seperti bola. Ditendang seperti musuh dalam pertempuran. Sedangkan aku yang tiada tenaga, tidak makan dari pagi hanya mengingat mati. Sambil bibirku mengucap syahadah dan lailahailallah!!!

Chapter 2:kerana mulut badan binasa

Hampir setengah jam aku dibelasah. Tudungku dirembat hingga beberapa helai rambut menjadi saksi terburai keguguran. Namun tiada siapa membela nasib ini. Kesan parutnya di kepala tidak sudi ditumbuhi rambut baharu. Apabila si sulong sudah penat memaki dan membelasah hampir 30 minit,mungkin dia berasa takut. Tetapi dia sempat berkata "KERANA MULUT BADAN BINASA". sejak dari kejadian itu, aku tidak gemar mendengar peribahasa itu. Sungguh palat bahasa itu bagi aku. Walaupun benar kata-kata itu aku tetap tidak menyukainya. Aku mengambil tudung dan cermin mata di atas simen yang pecah dan tidak rata. Di simen ini aku dihentak. Alhamdulillah aku diberikan nafas lagi.Alhamdulillah....
Apa yang pelik aku tidak menitiskan air mata pada saat perih itu. Setelah aku menyapu luka-luka di segenap tempat dan berehat barulah aku menangis.Menangis kerana aku tidak dapat melawan manusia kejam seperti itu.
“Tidak mengapa,kau tak akan terlepas dari balasan dunia.”hatiku berbisik dendam.

Abah pulang dari sekolah dan cepat mendapatkan aku di dalam bilik. Aku dapat rasakan ada titisan air lembut jatuh di mukaku. Aku tidak dapat menahan sebak. Aku menangis dalam pejam. Abah keluar mendapatkan sulong bertanyakan apakah yang telah dilakukannya terhadapku. Sulong memutar belitkan fakta. Aku dengar dari bilikkku yang dia terlalu berdusta. MELAMPAU!!!KO PERSETAN!!!

Hari-hari yang penuh trauma hidup di rumah ini bagaikan menunggu hari untuk terbang jauh. Jauh dari kesakitan hari ini. Hari ini akan menjadi satu duri. Duri yang perlu aku cantas satu persatu. Aku tahu, kisah aku bukanlah seperti kisah-kisah rakyat Palestin yang terpaksa memanggung derita perang. Tetapi berapa keratkah manusia bertindak kejam terhadap darah daging sendiri. AKU TAK REDHA BODOH!!!

Chapter 3:Hari-hari seorang pelajar tingkatan enam

Ya. Duri-duri ini tidak berhenti setakat itu. Banyak perkara yang terpaksa dilalui sebelum aku belajar di USM. Terpaksa bangun larut malam hampir pagi untuk belajar dengan aman. Terpaksa menahan bau busuk dan hapak dari bau badannya yang membusuk satu rumah. Jika dahulu aku belajar di atas meja tulis yang agak selesa dengan lampu cahaya putih. Aku terpaksa belajar dalam bilik bertemankan lampu cahaya kuning. Mejaku pula diperbuat daripada kotak besar. Keadaan seperti inilah yang terpaksa aku lakukan untuk mengejar cita-citaku. Pada waktu inilah aku merasakan diri ini sungguh dekat padamu Ya Allah. Aku tidak mahu marah dengan apa yang terjadi pada diriku. Aku hanya mahukan kemenangan. Kemenangan dengan apa yang aku perjuangkan selama ini. Aku ingin keluar dari kepompong ini. Aku sayang keluargaku,aku sayang rumah ini. Namun aku perlukan penghidupan yang lebih baik. Dan itu perlu aku cari. Kini kutemui.

Chapter 4: Aku budak kilang

Tamat sahaja peperiksaan STPM,aku memanjangkan kaki mencari kerja bersama rakan-rakan. Namun tiada panggilan. Sehinggalah aku menemuduga di kilang lama, aku diterima bekerja semula. Aku menjalani kehidupan sebagai operator di bahagian sub. Boleh dikatakan ramai yang telah mengenali aku dan ada yang terkejut aku bekerja semula. Kehidupan sebagai operator sememangnya memenatkan. Beberapa hari mula bekerja di kilang itu aku dipindahkan ke kilang cawangan kedua tidak jauh dari situ. Di situ aku berkawan dengan beberapa budak sekolah arab. Mujur mereka tidak seperti budak arab yang lain. Meskipun mereka berpakaian sopan dan bercakap sopan,namun aku begitu seronok berkawan dengan mereka. Namun saat itu tidak lama. Mereka melajutkan pelajaran dan aku selepas itu berkawan dengan beberapa pekerja yang lain. Pergi seawal 7.30 pagi itu sempat untuk aku bersiap dan makan pagi kadang-kadang. Balik pula tidak tentu. Paling awal 5.30 petang. Namun aku banyak mengambil overtime untuk menambah duit poket. Jika aku tak OT manalah cukup RM 420 sebulan. Maklumlah aku ni malas nak melekat kat umah pula. So aku pun OT la. Aku gembira kerana kadang2 ia mencecah sehingga rm600. Itu sudah cukup pada aku melihat slip gaji hasil titik peluhku sendiri. Berhempas pulas bekerja siang dan malam. Pagi  bertemu malam,malam bertemu pagi. Sudah genap beberapa bulan dan tinggal beberapa hari lagi keputusan STPM keluar. Aku agak gementar namun terus tenang bekerja. Kadang-kadang aku terlupa tentang itu.

Chapter 4: Debaran result!!

Satu hari sedang aku bekerja, seorang rakan memberi mesej membawa perkhabaran yang hari ini keputusan keluar. Aku membalasnya bahawa aku tidak dapat mengambil keputusan peperiksaan hari ini. Dia memberitahu cara-cara mengetahui secara SMS. Setelah beberapa jam bekerja, aku pun mencuba SMS tersbut. Bila ada mesej masuk dan kepala mesej menyebutkan tentang keputusan peperiksaan, aku cepat-cepat masuk ke dalam tandas. Aku pun membuka mesej. Alangkah gembiranya apanila aku mendapati bahawa aku mendapat 5p. Sungguh gembira apabila keputusan yang aku perolehi lebih baik daripada apa yang aku harapkan selama ini. Alhamdulillah. Doa ibu bapaku makbul sekali lagi. Aku pulang ke rumah selepas OT dan menunjukkan terus mesej tersebut kepada ibu bapaku. Mereka sungguh gembira dan memeluk erat.




dah baca? pe kata awak tgal komen...

RAHSIA PERSONALITI DAN BINATANG


januari 01-09 ~ Anjing


Januari 10-24 ~ Tikus


Januari 25-31 ~ Singa


Februari 01-05 ~ Kucing 


Februari 06-14 ~ Merpati


Februari 15-21 ~ Kura-kura


Februari 22-28 ~ Harimau Bintang


Mac 01-12 ~ Monyet


Mac 13-15 ~ Singa


Mac 16-23 ~ Tikus


Mac 24-31 ~ Kucing


April 01-03 ~ Anjing


April 04-14 ~ Harimau Bintang


April 15-26 ~ Tikus


April 27-30 ~ Kura-kura


Mei 01-13 ~ Monyet


Mei 14-21 ~ Merpati


Mei 22-31 ~ Singa


Jun 01-03 ~ Tikus


Jun 04-14 ~ Kura-kura


Jun 15-20 ~ Anjing


Jun 21-24 ~ Monyet


Jun 25-30 ~ Kucing


Jul 01-09 ~ Tikus


Julai 10-15 ~ Anjing


Julai 16-26 ~ Merpati


Julai 27-31 ~ Kucing


Ogas 01-15 ~ Monyet


Ogos 16-25 ~ Tikus


Ogos 26-31 ~ Kura-kura


September 01-14 ~ Merpati


September 15-27 ~ Kucing


September 28-30 ~ Anjing


Oktober 01-15 ~ Monyet


Oktober 16-27 ~ Kura-kura


Oktober 28-31 ~ Harimau Bintang


November 01-16 ~ Singa


November 17-30 ~ Kucing


Disember 01-16 ~ Anjing


Disember 17-25 ~ Monyet


Disember 26-31 ~ Merpati

Anjing:


Kamu memang seorang yang setia dan manis orangnya. Kesetian kamu memang tidak boleh disangkal lagi. kejujuran dan keikhlasan adalah kekuatan kamu, malahan di dalam kerjaya kamu memang boleh dipercayai. Kamu adalah orang yang sederhana dan sering bersikap rendah diri.Kamu bukan orang yang akan mencari masalah dan sukakan suasana yang damai.Kualiti itulah yang
menjadikan teman-teman suka berada di sisi kamu. Cita rasa kamu di dalam fesyen juga diakui baik dan kamu akan mudah terasa malu dan sedih sekiranya alamari pakaianmu tidak lengkap dengan pakaian yang mengikut peredaran fesyen. Biarpun kamu tidak mempunyai teman yang ramai tetapi teman-teman
yang bersama dengan kamu memang mempunyai kualiti yang baik.





Tikus:


Kamu ini memang penuh dengan muslihat! Namun, sikap itulah yang menjadikan kamu nampak bijak dan menjadikan wajah kamu comel dan mudah menarik
perhatian orang disekelilingmu. Ramai yang suka berkawan dengan kamu kerana sikap kamu yang memang mengundang keseronokan kepada orang lain. Memang kamu sering dijemput untuk memeriahkan majlis dan ramai yang menyukai
kehadiran kamu, tetapi kamu begitu sensitif orangnya dan itu menjadikan orang sekelilingmu berhati-hati untuk berbicara dengan kamu. sekiranya ada yang berani menggunakan perkataan kasar, memang mereka akan mengundang kemarahan kamu di tahap maksimum! Kamu perlu bijak mengawal emosi kamu
kerana teman-teman juga manusia yang tidak lepas dari melakukan kesilapan.


Singa:


Begitu kontra dengan spesies kamu, rupanya kamu ini memang pendamai
orangnya. Kamu tidak suka terlibat dengan pertengkaran atau pergaduhan.
Kamu begitu sukakan aktiviti luar rumah dan tidak gemar melepak tidak tentu
arah tujuan. Memang dilahirkan untuk menjadi ketua dan memberikan arahan
kepada orang lain dengan cara yang paling disenangi. Kamu memang suka
menyayangi dan disayangi orang lain. Namun, kamu memang mudah dipermainkan
oleh orang lain, jadi berhati-hati.


Kucing:


Kamu memang penyayang, disayangi namun kadang-kala begitu pemalu. Kamu
sukakan keadaan yang senyap dan damai. Di dalam kehidupan, kamu suka
mempelajari tentang perkara baru dan sentiasa melakukan setiap sesuatu
dengan bersungguh-sungguh. Di dalam situasi normal, kamu memang nampak
tenang tetapi apabila kamu dicabar, serta merta kamu mudah mengamuk! Mereka
yang bernaung dibawah kucing memang bijak bergaya. Orang sekelilingmu
sering menjadikan kamu sebagai idola di dalam berpakaian. Kamu bijak
bersosial tetapi hanya bercakap dengan orang kamu kenali. Kamu memang
begitu berhati-hati memilih teman.


Kura-kura:


Kamu semakin hampir dengan kesempurnaan dan begitu baik hati. Kebaikan kamu
akan sentiasa dikenang orang sekeliling kamu. Kamu sukakan kedamaian,
sekiranya teman-teman ada menyakiti hati kamu, kamu tidak akan cuba
menyakitkan hati mereka pula. Kerana ini, kamu memang disayangi dan
disenangi teman-teman. Kamu juga tidak suka cakap belakang dan orang
sekelilingmu begitu senang dengan cara kamu melayan mereka. Kamu sentiasa
akan memberi kasih sayang dan tidak pernah mengharapkan balasan. Pemurah
juga adalah sikap kamu dan kamu sentiasa melihat kehidupan sebagai latihan
praktikal.


Merpati:


Kamu adalah simbol sikap yang sentiasa riang. Apa saja yang kamu lakukan,
kamu akan enjoy setiap detiknya. Kahadiran kamu menjadikan teman-teman
serta orang sekeliling begitu riang dan senang dengan sikap kamu. Kamu
adalah ketua di dalam kumpulan teman-teman dan bijak memujuk dan
menghiburkan hati orang yang sedang gundah-gulana. Hipokrasi adalah sifat
yang paling kamu benci dan orang yang sebegini memang kamu tolak tepi. Di
dalam pekerjaan, kamu memang teratur dan sistematik. Namun, awas! Kamu
mudah jatuh cinta!





Harimau Bintang:


Kamu seorang yang misteri.. Kamu boleh berhadapan dengan tekanan dengan
tenangnya. Kamu juga boleh menghadapi setiap senario yang menguji kesabaran
tanpa perlu mengamuk untuk melepaskan geram. Kadang-kala, kamu ini kejam
orangnya. HmmmâEURO|kamu suka bergosip tetapi hanya bersama dengan teman-teman
yang kamu percayai sahaja. Mereka yang bernaung di bawah harimau bintang
adalah begitu teratur dan kemas orangnya. Tetapi, apa yang tidak tahan
dengan sikap kamu yang mahu setiap sesuatu mengikut cara kamu. Sikap itulah
yang menjadikan kamu senang hilang kawan. Namun, apabila teman-teman
menghadapi masalah, kamu adalah orang pertama yang mereka car i.


Monyet:


Tidak sabar dan begitu hiperaktif! Kamu mahu segala-galanya dilakukan
dengan pantas. Namun, kamu memang sederhana orangnya dan begitu suka
apabila ramai yang memberikan perhatian kepada kamu. Kamu bijak berhadapan
dengan masalah dan tidak mahu terlibat dengan sebarang kontroversi. Setiap
langkah dan keputusan, kamu akan berfikir sebelum melakukannya. Kamu
mempunyai kata hati yang kuat dan itulah yang menjadi penyelemat kepada
kamu. Jangan tidak tahu, mereka yang bernaung di bawah monyet memang begitu
bijak mencari wang dan begitu pandai mengatur kewangannya. Kamu memang akan
berjaya di dalam perniagaan.

dah baca? pe kata awak tgal komen...

Melaka trip

 Bertolak pagi tak pagi sangat. Pos nenek tua. Pashmina bau kedai. 
 Pose depan bangunan pintu gerbang ke memorial kat atas nu....
 Atas bukit. Rehat jap.Agak semput naik natang ni...
 Ceh....bajet model ...
 Ni kat memorial. Takde pe sangat atas ni. yang ada batu2 bersurat. Kolam mintak hajat(merepek),boley tengok view dr atas bukit....Melaka memang zantek!
 My abah. Sempoi+rock.......Mak sporting+enjoy....
 Pose sengih + tak tahu malu=sempoi~
Ni bajet model sunglass...hahahah......

Best shot..ahaks.....




dah baca? pe kata awak tgal komen...

Ambil yang baik

Malam ni aku tengok satu filem cina yang agak menarik. Tapi sayang jalan cerita dia pening. Tapi apa yang aku dapat puji dalam cerita ni unsur kasih sayang itu tidak mengenal hidup atau mati. Suami yang sungguh setia menanti kepulangan anak dan isteri yang sudah mati. Bukan seperti sesetengah lelaki yang kubur isteri masih merah sudah bernikah lagi satu. Keakraban dan kesetiaan kasih sayang ini membuatkan hati ini sayu. Tambahan pula matanya buta kesan akibat kemalangan jalan raye. Selepas peristiwa hitam itu, dia dijaga oleh pembantunya yang begitu setia dan ikhlas menjaganya. Namun mereka berdua tidak mempunyai perasaan cinta dan kasih,hanya sayang sebagai seorang pembantu hidupnya. Namun plot yang sangat mengelirukan membuatkan saya pening untuk memehaminya. Yang penting, cerita ini mempunyai keprcayaan agama yang mempercayai bahawa ada kehidupan selepas mati. Suka saya ingatkan cerita seperti ini tidak sesuai ditonton oleh kanak-kanak secara berseorangan. Mereka perlu ada penjelasan yang terbimbing daripada orang yang lebih dewasa. Setiap agama mempunyai kepercayaan masing-masing. Bagi saya yang beragama Islam, saya menonton cerita ini hanya mengambil perkara dan unsur yang baik sahaja. Wasalam.
dah baca? pe kata awak tgal komen...

Malam ni aku tengok satu filem cina yang agak menarik. Tapi sayang jalan cerita dia pening. Tapi apa yang aku dapat puji dalam cerita ni unsur kasih sayang itu tidak mengenal hidup atau mati. Suami yang sungguh setia menanti kepulangan anak dan isteri yang sudah mati. Bukan seperti sesetengah lelaki yang kubur isteri masih merah sudah bernikah lagi satu. Keakraban dan kesetiaan kasih sayang ini membuatkan hati ini sayu. Tambahan pula matanya buta kesan akibat kemalangan jalan raye. Selepas peristiwa hitam itu, dia dijaga oleh pembantunya yang begitu setia dan ikhlas menjaganya. Namun mereka berdua tidak mempunyai perasaan cinta dan kasih,hanya sayang sebagai seorang pembantu hidupnya. Namun plot yang sangat mengelirukan membuatkan saya pening untuk memehaminya. Yang penting, cerita ini mempunyai keprcayaan agama yang mempercayai bahawa ada kehidupan selepas mati. Suka saya ingatkan cerita seperti ini tidak sesuai ditonton oleh kanak-kanak secara berseorangan. Mereka perlu ada penjelasan yang terbimbing daripada orang yang lebih dewasa. Setiap agama mempunyai kepercayaan masing-masing. Bagi saya yang beragama Islam, saya menonton cerita ini hanya mengambil perkara dan unsur yang baik sahaja. Wasalam.
dah baca? pe kata awak tgal komen...

Legakan melecur

Mungkin ada yang sibuk beli pelbagai produk untuk hilangkan melecur.Tak perlu.Anda cuma perlu bersihkannya dengan air sejuk yang bersih. Ambil beberapa tangkai daun lidah buaya. Ambil isinya yang macam jeli tu. Sapu kat tempat melecur. Amalkan.Kalau dah tahu melecur jangan terkena habuk dan cuaca sangat panas. Pastikan udara bersih. OK?selamat men try...
dah baca? pe kata awak tgal komen...

Legakan melecur

Mungkin ada yang sibuk beli pelbagai produk untuk hilangkan melecur.Tak perlu.Anda cuma perlu bersihkannya dengan air sejuk yang bersih. Ambil beberapa tangkai daun lidah buaya. Ambil isinya yang macam jeli tu.
dah baca? pe kata awak tgal komen...

MAHA Serdang::penulisan auta

 "Tauke,bepe ini harga ini lada???Aikkkk...rm 8.00???pesal mahal sangat???Saya punyer kg baru rm 2.oo.."mak senah mengomel.

"Lu mau murah lu tanam sendiri lah!"marah Apek.
"Eh apek ni. Sombong macam cina angkat taik puye."Bisik Mak Senah.
 Ni model baja biokimia yang menunjukkan baja tersebut boleh memutihkan kulit kita yea....Tengoklah puyer putih model ni. kalah olay ngan loreal....Hhahahahah!!!
Ni periuk kera..atau nama saintifiknya Albuntuties monyetas....Ia banyak ditanam di kawasan tepi parit dan longkang. Hargamya boleh mencecah rm 3000 sepokok.
dah baca? pe kata awak tgal komen...

Hilangkan parut

Guna kulit pisang masak

-Gosokkan kulit pisang kat tempat parut.
-Rajin2 lah buat sampai parut hilang.
-Cara ini sesuai untuk mereka kulit sensitif.

Kayu manis
-Tumbuk kayu manis. Selalu dapat dalam rempah tumis yang mak korang buat masak sup tu.
-Bila dah halus,bancuh ngan sikit air. Sikit je tau. Biar jadi likat dan lekat2.
-Sapu kat parut.
-Kalau kat muka,dinasihatkan agar tidak menyapu keseluruhan muka anda dengan bahan ini.
Kulit anda akan berasa sangat panas.
-Lakukan lah dengan 4 kali seminggu. Tak payah tiap2 hari. Sabar menanti keberkesananya.
dah baca? pe kata awak tgal komen...

Hilangkan jerawat

Maungkin ramai yang pernah dengar dengan macam2 petua nak hilangkan jerawat. Suka saya maklumkan bahawa bukan sahaja kulit berminyak punca kulit jerawat. Tapi bagi mereka yang menggemari solekan juga mudah berjerawat. Sebab.....korang tak cuci bersih2 sebelom tidur. Tu yang tumbuh kulat dan cendawan tu...Jadi basuh lah bersih2 wajah kita sebelom tidur.

Bila dah ada jerawat tumbuh....hiriskan bawang putih dengan nipis. Tepek kat jerawat. Buat sebelom nak tido. Insyalallah esok die kecut. Selamat mencuba.
dah baca? pe kata awak tgal komen...

Kuku bersih dan putih

-Korang nak kuku bersih lagi2 kuku kaki? Takyah g spa n padicure...Amik je ubat gigi yang ada agen whitening. Sapu kat kuku sebelom tidur. Besok pagi cuci ngan air. Amalkan tiap malam. Korang ley tengok hasilnya dalam masa 7 hari sahaja.
dah baca? pe kata awak tgal komen...

Kuku berkilat

Tips mudah untuk kuku kilat menawan tanpa sebarang penggunaan pengilat kuku kimia. Tidak percaya???Lakukan perkara di bawah

~Cuci kuku bersih2 sehingga jangan ada kesan kusam sabun pada kuku. Kemudian ambil mozek atau jubin. Patahkan sedikit. Lagakan kedua-dua bahagian belakang jubin antara satu sama lain sehingga mengeluarkan habuk. Kemudian sapu habuk jubin tersebut pada kuku dan gosokkan. Polish sehingga berkilat. Selamat mencuba.
dah baca? pe kata awak tgal komen...

Kerna Keredhaan Mu

Hidup tanpa cinta ibarat pokok tidak berbuah...
Manusia tanpa kasih sayang umpama bumi kegersangan...
Juga ibarat bulan yang tidak ditemani bintang-bintang di malam hari...

Namun adakah setiap insan mendapat kasih sayang dan cinta suci??
di manakah letaknya nilai sebuah cinta???
Adakah dari paras rupa yang cantik???Harta kekayaan??atau siulan manja suara yang membuai mimpi-mimpi indahmu...???

Aku ini wahai Tuhan....telah beberapa kali menitiskan air mata kerana kealpaanku sendiri....
Aku telah buta dengan cinta yang Kau beri....
Aku telah lalai dengan nikmat cinta yang Kau beri...
Berilah aku kekuatan untuk mencintainya lagi...begitu juga si dia...

jadikanlah kami pasangan yang bahagia dunia dan akhirat...
Kau perkenanlah doa-doa kami untuk melayari bahtera kehidupan suami isteri...
Agar kami dapat menebus kesilapan dan dosa lalu...
Sesungguh Nya kami melakukan ini untuk mendapatkan keredhaan Mu....

dah baca? pe kata awak tgal komen...

Bila aku disayangi

Ku imbau masa lalu...
Menantikan seseorang menghargai diri...
Masa kian berlalu dengan harapan ada yang mengetuk pintu hati...
Ada masa aku hampa lalu meninggalkan jejak-jejak harapan...

Kini aku ada dia...
Insan yang tidak pernah tergambar kewujudannya...
Meyanyangi diriku tanpa alasan...
Hari-hari yang berlalu penuh bermakna...

Aku yakin Tuhan menurunkannya untuk aku...
Insan yang tlah berjaya menemukan aku dengan Pencipta Nya...
Aku disayangi...aku dibelai seperti bunga mekar kian indah...

Ya Allah...
Satukanlah kami dalam ikatan pernikahan...
Sesungguhnya kau tlah memberi rasa kepada kami...
Anugerah yang begitu bernilai...

dah baca? pe kata awak tgal komen...

Burger dan susu UHT coklat

Malam ini aku didodoikan...
Burger dan susu coklat membelai empuk perutku...

Pergaduhan tika tadi buat ku tersenyum kembali...
Inilah manisnya ubat tidur yang kau hadiahi...

Saat hatiku melara duka...
Tika itulah kau memberi rasa...
Rasa kasih...semanis susu coklat ini...

Mataku mulai pejam...
didodoi nyanyian lagu malam...
Lena daku diulit lobus-lobus itu...
Terasa lali...dan aku pun menguap...

Selamat Malam

dah baca? pe kata awak tgal komen...

Kerna aku wanita

Aku wanita
Inginkan lelaki di sisiku selalu
Di saat inginkan kasih dan sayang
Aku perlu kamu

Jangan pernah kau merasa bosan dengan rintihanku
Jangan bilang tidak dengan permintaanku
Usah merasa kesal bila bersamaku
Usah mengeluh dengan resahku
Jangan kecewa dengan kekuranganku
Jangan merasa jijik dengan kelemahanku
Jangan merasa bodoh menjawab pertanyaanku
Usah rasa sangsi dengan cintaku
Usah gusar dengan perlakuanku
Jangan kau hina celaku
Usah mendabik dada dengan kekuasaanmu
Jangan pernah bangga dengan kesalahanmu

Kasih,
Dengarlah rintihanku,aku perlu kau dengar
Sayang,penuhilah permintaanku andai kau kasih padaku
Katakanlah setiap saat bersamaku masa yang sangat indah
Buatlah aku tenang di saat aku bimbang
Terimalah kekurangaku andai kau sayang
Berilah aku kekuatan untuk menutup kekurangan
kau jawablah pertanyaaku dengan penuh sabar
Yakinlah aku mencintaimu
Kau bimbinglah daku dengan kepimpinanmu
Sempurnakanlah aku dengan kebijaksanaanmu
Berilah kata maaf tanda kesalahmu

Andai kau tahu
Andai kau rasa apa yang ku rasa
Kau pasti kan mengerti apa itu cinta,kasih dan sayang

Aku wanita bernama kekasih
Perlukanmu di sisiku selalu
Tidak kira di mana kita berada
Walau lautan dan gunung ganang memisahkan kita
Walau diriku diulit berjuta pria
Di hatiku hanya kamu
Kamu yang bernama kekasihku

dah baca? pe kata awak tgal komen...

Kerna aku wanita

Aku wanita
Inginkan lelaki di sisiku selalu
Di saat inginkan kasih dan sayang
Aku perlu kamu

Jangan pernah kau merasa bosan dengan rintihanku
Jangan bilang tidak dengan permintaanku
Usah merasa kesal bila bersamaku
Usah mengeluh dengan resahku
Jangan kecewa dengan kekuranganku
Jangan merasa jijik dengan kelemahanku
Jangan merasa bodoh menjawab pertanyaanku
Usah rasa sangsi dengan cintaku
Usah gusar dengan perlakuanku
Jangan kau hina celaku
Usah mendabik dada dengan kekuasaanmu
Jangan pernah bangga dengan kesalahanmu

Kasih,
Dengarlah rintihanku,aku perlu kau dengar
Sayang,penuhilah permintaanku andai kau kasih padaku
Katakanlah setiap saat bersamaku masa yang sangat indah
Buatlah aku tenang di saat aku bimbang
Terimalah kekurangaku andai kau sayang
Berilah aku kekuatan untuk menutup kekurangan
kau jawablah pertanyaaku dengan penuh sabar
Yakinlah aku mencintaimu
Kau bimbinglah daku dengan kepimpinanmu
Sempurnakanlah aku dengan kebijaksanaanmu
Berilah kata maaf tanda kesalahmu

Andai kau tahu
Andai kau rasa apa yang ku rasa
Kau pasti kan mengerti apa itu cinta,kasih dan sayang

Aku wanita bernama kekasih
Perlukanmu di sisiku selalu
Tidak kira di mana kita berada
Walau lautan dan gunung ganang memisahkan kita
Walau diriku diulit berjuta pria
Di hatiku hanya kamu
Kamu yang bernama kekasihku

dah baca? pe kata awak tgal komen...

Rakan,kawan dan sahabat

Rakan,kawan,sahabat
Engkau manusia sepertiku
Ada juga haiwan seperti Tom dan Tommy
Ada juga jin dan syaitan

Jika aku memilih manusia menjadi rakanku
Aku baik jika memilih rakan yang baik
Jika aku memilih manusia menjadi rakanku
Aku jahat jika memilih rakan yang jahat

Kawan,kawan,kawan
Aku sayang kawan
Di sini kawan di sana kawan
Di mana-mana pun kawan
Kawan jadi lawan
Kawan makan kawan

Sahabat oh sahabat
Aku tak punya sahabat
Mungkin aku belum terlewat
Untuk punya sahabat

dah baca? pe kata awak tgal komen...

Cinta dan asmara


Cinta dan asmara
telah lame kujejaki dan memburu cinta..
Akhir kutemui nya jua..



Cinta dan asmara,
Ianya telah banyak mengajarku erti cinta yang sebenar..
Menyusuri liku2 perasaan yang kadang xpernah terjagkau oleh minda..
Namun ketabahan dan kesabaran mengajar erti segalanya..



Cinta dan asmara
Itu hanyalah kata2 bagi si pemburu bahagia didunia.
Lupakah mereka janji asal pada sang pencipta?
Lupakah kita dimana asal usul kejadian manusia?
Bagi orang2 yang sabar dan mencari dengan MATA HATI(iman) Nya sahaja yang akan berjaya memilikinya..


Ayuh buat puteri ku sang julia..
Biarlah hina kita dimata manusia jijiknya kita pada mereka.. tapi percayalah semua Itu akan binasa apbila kita sentiasa bersama NYA(ALLAH)
Biarlah zahir Muhammad menjadi perbualan mereka sesama mereka yang tidak mengerti apa2.
Tetapi batin Muhammad adalah yang paling berharga yang dinilai oleh pengadil yang adil Lagi Bijaksana...


Cinta dan asmara
Ungkapan yang enak sedap didengar telinga
Yang hanyut dan terleka membawa manusai yang terus alpa...
Tahniah dan syabas buat KITA kerana dengan cinta kite kenal pencipta...
Selamat tingal dunia, selamt tingal neraka, selamat tinggal yang membinasakan jiwa dan raga
Yang pasti cinta aku kepada mu julia adalah kerana LILAHHITAALA....

: NUKILAH OLEH: rahsia puyer olang

dah baca? pe kata awak tgal komen...

Benci itu sayang



Jika kau punya kekasih,berapa banyakkah perkara yang dia benci tentang kamu?
Atau kamu benci tentang dia?
Jika aku,banyak perkara yang menjadi kegemaranku tetapi menjadi kebenciannya:

Jika dia melihat aku berkawan dengan lelaki lain;dia benci
Jika aku bertepuk tampar dengan lelaki lain;dia benci
Jika aku memotong rambut pendek seperti jantan;dia benci
Jika aku mengenakan pakaian seksi;dia benci
Jika aku mengingkar arahan dia benci
Jika aku berkata tidak sopan;aku benci
Jika aku mengeluh rungut;dia benci
Jika aku minta dia tidur lewat;dia benci
Jika aku memakinya;dia benci
Jika aku memakai baju singkat;dia benci
Jika aku mengenakan pakaian ketat;dia benci
Jika aku membuka aurat;dia benci
Jika bersolek tebal;dia benci
Jika keluar sorang;dia benci

Percayalah;dalam benci itu dia sangat sayang kepada kita
Baru aku sedar,betapa berkilaunya aku di matanya
Untuk menjadi batu permata yang bakal menghiasi hidupnya
Kita harus menjadi terbaik untuk insan yang menghargai kita


dah baca? pe kata awak tgal komen...

Kantoi tak buat homework

Arini aku kena g wat maintanece braces kt Plaza seni. kalau nak tahu klinik Amim ni paling bagus r dentist die. Dengan pkaian serba pink termasuk kasut aku baru bli(hahah)..aku pon g jb jap ngan mak aku. Dalam menunggu sambil duduk kat klinik tu aku cari pe alasan aku nak bg kat doktor supaya aku tak kantoi tak wat homework. Tapi apakandaya aku ni jujur bendol sangat. Tak pandai menipu. Nama aku kena panggil dan aku pon masuk dalam bilik rawatan. Melihat kepalanya yang baharu dicukur terasa sedikit lucu. dalam aku ketawa dia pon turut ketawa sambil membuka penutup mulutnya. Memang dah macam pak arab sebab dah bermisai janggut. Tapi ketawa aku jap je....takut kantoi lg....

Tengah die periksa gigi aku, dia kata "Awak tak buat homework saya. Memandangkan awak tak buat homework saya, saya bagi awak homework lagi. Dia pon pasang getah kat gigi aku dan suro aku tengok betol2. Hehhehe...ha....kan dah kantoi...buat lagi...
dah baca? pe kata awak tgal komen...

Impikan mesin sidai kain

Bual-bual ngan kak lin tadi cakap lah pasal basuh baju. Yelah suri rumah ni bukannya apa. Banyak sebenarnya yang perlu dilakukan di rumah dan luar rumah semasa suami bekerja. Tambahan pula isteri yang bekerjaya. Memang penat dengan anak-anak, tugas memasak, mengemas dan membasuh.

Cakap pasal membasuh baju ni,memang sekarang orang dah gunakan mesin basuh automatik. Kira senanglah kan. Daripada penggunaan cucian tangan, pindah kepada separa automatik. Daripada separa automatik berpindah pulak kepada automatik. Tapi masalah lain timbul apabila baju korang akan bertimbun dalam bakul tanpa disidai beberapa hari. Pasti ramai yang mengeluhkan?Tak baik tau...Hahhah.....

Tulah,aku mengimpikan mesin sidai kain lah. Memang ada mesin pengring yang boleh pakai terus baju yang telah dibasuh tanpa disidai. TETAPI kos bil elektriknya melambung ratusan ringgit. Sesuai untuk orang kaya takde orang gaji. Hahha.....
dah baca? pe kata awak tgal komen...

Malasnya tanda kertas....

Aku semalam tanda kertas periksa sekolah mak aku. Puyer r aku ingat benda tu sikit je. Padahal ada lagi berkepul2....Wawawa....Tensen lak jadinyer.Kalau lah aku laju mesin tanda kertas kan bagus. Boleh tolong mak aku bereskan semua kertas periksa dia. Tapi kan aku terfikir gak,sampai abad keberapa lah Malaysia guna mesin tanda kertas untuk bukan kertas OMR. Maksudnyer yang esei and struktur lah. Tapi banyak gak kesan daripada kemajuan dan kemalasan itu. Mungkin mesin yang tiada belas ehsan tu memberi markah yang tidak sepatutnya/skema sangat kat budak2 sekolah ni.Betul tak?
dah baca? pe kata awak tgal komen...

sALAh siaPE?

Hari ni aku dikejutkan dengan kes curi oleh seorang budak. Suspek jiran aku!!Dak sekolah rendah. Mulalah aku berbincang dengan mak n kakak aku. So,,...jadi terumpat lak...Sebenarnya salah siapa??


DIA??
BAPA dia??
EMAK dia???
CIKGU???
KETUA KAMPUNG???


atau


MANGSA TAK HAGA KESELAMATAN???


ntah lah...bile dah jadi gini,...takut lak merenung masa depan yang tak tahu lagi cerah ke tak...


Cuma apa yang aku perasan gaya kepimpinan ibu bapa memang mempengaruhi sikap anak-anak.
dah baca? pe kata awak tgal komen...

Hari cuti:keje vs penanam anggur

Hari ni dah masuk seminggu lebey i cuti. Tak banyak benda i buat. Tapi paling beshh,rilek2 kat umah. I dok kampong,of kos tanah banyak. And my work banyak actually. But i am really2x lazy nak wat peper. 


Bek kat umah ada tenet. So layan r hobi baru ni(berblogging). Hari i yang berlalu diserikan dengan kehadiran anak saudara (maisara) yang sangat3x cute dan cergas like her parent r...


Pepun di kampong better dr Kota Bharu. I kat KB takde family. But mujur ada BF and fwens. So,today baru sat tadi i bincang wif my mom tentang kaler kedai kami. Tinggal mengecat jelah keje yer..Abislah aku pasni...Penat r!Haahaha....tapi o.k pe...Ada gak keje i nak wat kan. OK.Dah layu mata ni...Sweet dream semua...Salam
dah baca? pe kata awak tgal komen...

Hilangkan bau badan

Salam....puan,tuan,mak cik,pak cik..Mari dekat2x...

Saya bukan jual ubat atau apa....tapi mahu bagi tips hilangkan bau badan. Mungkin ramai di luar sana yang mengalami masalah bau badan.Mintak maaf saya katakan saya berkongsi tips ini kerana tidak ingin tuan/puan kurang yakin dengan keadaan ini.

JOM MULAKAN!!!

SATU~~~Kapur makan???tahu tak kapur makan?RM 0.80 satu mangkuk. Coletkan dengan jari dan seletkan kat ketiak. Orang kata dia matikan sel. So matilah bau-bau tidak enak tu.Amalkan tau...


DUA~~~Kat rumah mesti ada daun PANDAN...tak pun belilah kat kedai..Ambil beberapa helai daun pandai yang telah dicuci. Rebus dan minum ketika hangat atau sejuk. Amalkan selalu. Insyalallah, bau kencing pun turut wangi.

Sekian sahaja tips kali ini. Bye...selamat mencuba!!!



dah baca? pe kata awak tgal komen...

everything T&F: links .

everything T&F: links .
dah baca? pe kata awak tgal komen...

Mari melawat MAHA di Serdang

Malam ni aku ngan adik n mak akan g MAHA....tengok pameran pertanian. Mak paling bersemangat nak g sebab nak tengok2 idea orang nak ciplak.hahhahah.......aku n adik juz teman.   Aku pun sebenarnya ada gak nak tolong2 mak kembangkan bisnes kuihnya. Dia memang dah lama wat bahulu dan kek....So,..dia memang nak cari link2 yang berpotensi lah...

Tonite kami akan bertolak at 12 a.m...nek bus....Doakan perjalanan kami selamat ea....
dah baca? pe kata awak tgal komen...

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Exchage ur link

Iklan sat~~