Showing posts with label Jom cantek. Show all posts
Showing posts with label Jom cantek. Show all posts

Cantik ke tidak???

             Cantik kata kerana bahasa, cantik wanita kerana budi

Semua orang perempuan nak cantik,tak terkecuali diri aku...Tp tak semua orang perempuan berjaya menjadi cantik!!!Kenapa aku kata macam ni??? Sebab kebodohan para perempuan yg dipanggil nafsu inilah penyebab aura cantik semula jadi kian hilang.

Aku sekarang dah berusia 26 tahun, tak terkecuali dari fenomena alam ni. Maklumlah,..nak2 plak dah da suami,makinlah kita nak cantik untuk pikat hati suami. Tapi tuan/puan,...bukan semua laki2 menyifatkan kecantikan tu semestinya berkulit putih,gebu,montok,seksi....pada pendapat saya itu semata-mata PROMOSI belaka.

Si suami sering memuji kecantikan saya tatkala tidak mengenakan secalit bedak pon. Meskipun saya berbedak sejuk pada waktu malam,dia tetap memuji diri saya cantik. "u always pretty in my eyes katanya"...hahaha...

Kadang2 si suami berasa rimas kalau kita kata kita tak cantik...Para isteri di luar sana,agak bahaya bercakap hal kecantikan bersama suami. Jaga-jaga jika suami anda berkecil hati dengan sikap kita yang terlalu mementingkan kecantikan.

Secara jujurnya,saya wanita biasa yang alhamdulillah sempurna tiada kecacatan fizikal. Hanya agak kurang pada kejelasan mata akibat rabun. Di facebook, orang menggelarkan saya spek kuning,kerana saya pakai spek berbingkai kuning.Ramai yang tak perasan!

Tapi..percayalah..jika kita jujur dan bersangka baik,insyallah...seri kecantikan kita terlihat. Apa guna jika wajah putih,gebu dan halus..tapi suami sangat membenci??? Apa guna jika jari runcing,berwarna dan kilat tapi tidak pernah digunakan untuk membancuh teh untuk suami atau ibu bapa??? dan apa guna jika rambut cantik, bermaya dan kilat tapi ditunjuk kepada khalayak ramai??? Lelaki yang baik tidak mencari semua itu. Berbahagialah kita menjadi insan yang sederhana. Allah meyukai keindahan,...kitalah antara benda ciptaan Nya. Kecantikan kita (wanita) tak dapat disangkal. Hanya beza kita adalah cara kita "cantik" sahaja. Bagaimana cara kita cantik???Bagaimana???

Beberapa cara meyakinkan anda adalah cantik,seperti berikut:

1. Berdiri di depan cermin dengan wajah yang senyum. Kemudian anda bermasam pula. Bandingkan kedua-dua beza wajah tadi. Mana paliung baik???Pastilah yangsenyum. Senyuman adalah pemanis wajah semulajadi. Dan puji diri anda "Cantiknya aku kalau senyum begini". Insyallah anda lebih positif.

2. Cuba pejamkan mata,dan bayangkan insan-insan yang malang. Contohnya princess fiona dalam katun SHREK. Tak pon bayangkan anda tiada lubang hidung???And then buka mata anda dan lihat cermin. Mesti anda akan kata "alhamdulillah. Hidung aku ada lagi.

3. Anda harus percaya dan yakin diri anda adalah cantik. Janganlah melihat dan membandingkan diri dengan Siti Nurhaliza, Lisa Surihani atau Nora Danish. Mereka cantik hanya pada make up. Dan tiada untung pon menjadi seperti mereka. Cantik mereka hanya pada zahir, tapi hati mereka perit menjadi cantik. Sebaliknya lihatlah insan yang lebih bawah dari kita. Yang sakir kronik, barah mata, buta, disimbah asid. Apa tak ngeri tu??? So...bersyukurlah.


4. Pkai baju bersesuaian dengan penampilan.
"Orang pakai gaun,ekau pon nak pakai gaun. Orang yang kau tengok tu slim dan gebu. Tapi ekau yang badan cam lombu pon nak pkai gaun jugak ke???" kata mak kepada anaknya. Si anak hanya mencebik sambil membukam matanya bulat. "Mak,ini fesyenlah.Mak orang tua mana tau". anaknya menjawab.

Tuan/puan...cantikke lembu pakai skirt? Sapa kata cantik tu memang "kero" orang jawa cakap. Cara terbaik untuk berpakaian adalah menjadi diri sendiri. Anda selesa dengan diri anda meskipun berbaju t-shirt, ANDA CANTIK! itu sahaja yang diperlukan. Tidak perlu memakai kebaya ketat yang tak selesa. Tak perlu memakai makeup tebal untuk tampil seperti artis. Tak perlu. Jadikan diri anda,adalah diri anda yang selesa. Pasti anda lebih yakin. Keyakinan seseorang dapat menonjolkan aura dalam diri.

5. Make up jangan over!


Orang yang tak pandai bersolek adalah orang yang CANTIK! percayalah. Teliti fenomena ini:

situaasi 1 : Anda ada rakan sebilik yang sama-sama ingin keluar ke MAll. Dia mengenakan solekan tebal dan  mengenakan eye shadow serta eye liner cecair. Sedangkan anda hanya berbaju t-shirt dan tidak menempel sebarang calitan pon pada wajah. Perasaan anda bagaimana? a) malu dan rendah diri....atau b) Jeles c)Tidak endah dan tahu anda adalah cukup sempurna???

Anda adalah wanita yang sangat cantik,independent dan teguh jika memilih jawapan C. Anda mempunyai tahap keyakinan yang tinggi. Ianya bagus, tapi berpada-pada. Jangan sehinggakan ada yang komen kamu selekeh.

Jika anda memilih jawapan B...anda adalah wanita yang obses. Jiwa anda mudah bergelodak dan mudah dipengaruhi oleh alam. Anda tak perlu jeles,kerana ianya tak membawa apa-apa kebaikan.

Gadis A adalah gadis yang kurang keyakinan diri. Agak bahaya jika menghampiri ciri gadis B. Kekurangan keyakinan diri boleh mencacatkan penampilan diri meskipun anda seorang yang cantik. Tapi itulah kekuatan bagi wanita yang baik. Biarlah merendah diri pada kebaikan. Tidak salah mengenakan bedak dan pelembap bibir. Ianya sudah cukup membuatkan wajah berseri.
ps/ selawatlah ketika mencuci muka.
dah baca? pe kata awak tgal komen...

Cuka : antara bahan kecantikan dan kebersihan

Sebelom ni aku just tau cuka tu wat masak je.Masak pon tak rajin guna cuka. Paling2 nak guna cuka time masak arca buah dan sambal kacang. Tapi cuka ni boleh digunakan sebagai bahan rendaman kaki. Caranya mudah saje..

Kuku kaki sihat dan bersih

Masukkan air suam dalam sebesen air (kira-kira boleh rendam kaki dalam tu). Tuangkan sedikit cuka makan. Rendamlah selama 15 minit. Gosok kaki anda sehingga daki keluar. Hasilnya kuku tampak bersih dan berseri.

Cuka sebagai pengusir serangga

Anda boleh bersihkan lantai dengan larutan cuka untuk membasmi bau sisa makanan yang dapat mengundang serannga seperti semut.

p/s: jangan menggap penjagaan kuku kaki gampang. Jika kita ambil mudah kesihatan kaki,maka banyaklah penyakit datang macam cagu,kulat kuku dan kuku cengkam.
http://www.emocutez.com
dah baca? pe kata awak tgal komen...

kuku patah?apa penyelesaiannya?


Salam.setelah sekian lama tak updated entry barulah arini nak update...Menyedari bahawa petua yang aku praktik semalam adalah petua yang aku rasa seronok dikongsi bersama,..malam ni nak kongsi ngan pembaca yg dialukan.

Bawang putih bukanlah satu bahan masakan sahaja. Dan saya asti ramai golongan yang tidak selesa dengan baunya. di sebalik baunya yang kurang enak, pelbagai khasiat yang dapat dinikmati daripadanya.

Kuku patah
Kupas bawang putih sehingga bersih. Kemudian cucuk-cucukkan kuku kamu pada bawang putih. Pada mulanya agak sakit namun harus berhati-hati. Jika kasar sangat akan melukakan isi kuku...pedih nanti.Jadi lakukan perlahan-lahan pada semua kuku anda. Bila dia dah agak hancur gosokkan bawang itu pada kuku. Kuku kamu akan kilat kan? Biarkan selama setangah jam...tapi saya biarkan semalaman sebab lom ada suami lagi..heheh..yg dah ada suami janganlah bawak bau ni ke kamar. nanti suami komen pulak...hehheh....Lepas biarkan ia kering silalah cuci kuku dengan air suam seeloknya.

sekian..selamat mencuba yea...
http://www.emocutez.com
dah baca? pe kata awak tgal komen...

yea!!!nyah ko jerawat....

Dah sebulan jerawat melanda muka. Ntah kenapa jadi macam bulan lak tekture muke ni bila praktikum...terlalu sibuk agaknya. Ataupun bedak pixy tak sesuai kat muka aku.so,aku stop kai bedak....Juz pkai sunblock seperti mana yang mak aku sarankan. so aku pkai Sun block ni, sbb ni je ada kat PT tmpt aku belajo...dah terdesak sangat cari biore sunblock takde kan...kai ni je r...mahal gak harga die..tp tibai je.....
pastu aku kai pencuci muka sirna sari lak.oRang kata barang dia ada hidrokuinon. Tp aku pkai tak kerap.
tp bagus la nak banding ngan safi ke alaisya..yg murah2 mmg tak bgus kena kulit aku...hahahha...pencuci muka ni bagus. kalau selama ni aku kai sabun kambing ke...pe len2..die kering.Tp yg ni besh walaupun kurang buih.


Selepas membuat research kat tenet ttg kolagen, aku pon ada jumpe 1 kolagen ni. besh...! Cocoa Collagen nama die. Walaopon tak famous cam sendayu tinggi dan B white, tp aku ase ni yg terbeklah...Aku minum sbb aku geram kulit aku makin teruk. Tak macam 3 tahun dulu,bebas jerawat dan parut. Tapi lani ada jerawat, tinggal parut lak. Bengang dibuatnya. Nak tengok kolagen tu macamne? Ni tengok...harga sebenar kebanyakkannya hanya untuk mereka ambil untung.Tp aku ditawarkan dengan harga yang aku ase berpatutan dan lebih jauh dari kat internet bg.

harga biasa....20 sachet=rm 59.90...but aku dapat yg 10 sachet. Aku beli 2 kotak=rm 35..".berbaloi..baloi" amy search kata...

Aku minum baru 5 sachet dat mean tak sampai seminggu. Jerawat aku kecut, kulit nampak tak kering sangat. Hari keenam jerawat pun hilang...Ngeee.....besh besh besh!!!Bg kekawan yg ada masalah kulit n pempuan, ley lah anda mencuba ini minuman. Bukan ubat tapi mujarab
.http://www.emocutez.com
dah baca? pe kata awak tgal komen...

Eye liner liquid and pencil tutorial

Ramai gadis yang gemar make up tapi tak berani pakai make up sebab takut jadi cam hantu lah,takut comot dan banyak lagi. Hari ini terajin lak nak kongsi cara menggunakan eye liner cecair dan pensil.
Hope you enjoy~



                                                                                                                   
dah baca? pe kata awak tgal komen...

Senaman kurangkan kedutan area mata


Tak tahulah betul ke tak,tp aku kadang2 wat gak...
http://www.emocutez.com
dah baca? pe kata awak tgal komen...

Masalah muka berminyak-atasinya

Masalah kulit berminyak tidak dapat dielakkan oleh wanita asia. Cuaca yang terdedah dengan sinaran matahari akan cepat mengeluarkan peluh dan minyak. Tambahan pula, penggunaan kosmetik dan tidak menitikberatkan penjagaan kulit muka berminyak boleh menimbulkan masalah jerawat serius. Antara pengalaman saya menjaga kulit berminyak adalah:

- Selalu bersihkan muka dengan pencuci muka sesuai. Urut muka tu. Cuci lama-lama dan cuci sekurang-kurangnya 2x sekali.
-Pakai toner. Ini penting untuk rapatkan pori-pori. So,minyak kurang keluar.
- Pakai pelembap bebas minyak. Gunakan yang berasaskan air.
-Pakai bedak sejuk. Baik untuk kulit.
-Bila bersolek pastikan,guna bahan bedak yang ringan dan membolehkan kulit bernafas.
-Bersihkan solekan dengan susu pembersih atau make remover. Pastikan muka anda betul2 bersih. Baru tak tersumbat.
dah baca? pe kata awak tgal komen...

Rambut hitam berkilat

Ia selalu dilakukan di spa rambut tradisional. Penggunaan santan dalam perawatan rambut telah wujud zaman-berzaman. Khasiatnya yang dapat menyihatkan rambut terbukti pada zaman datuk nenek kita.

Sebaik-baiknya gunakan santan yang diperah sendiri. Anda juga boleh membeli santak segera sebagai altenatif. Pertama,basahkan rambut dan keringkan sedikit. Kemudian,sapukan santan ke rambut anda. Urut kulit kepala agar pengaliran darah lancar. Lakukan selama 10-15 minit. Kemudian bilas dengan bersih. Ingat ye bilas sampai bersih. Kesannya anda akan mendapat rambut yang lembut,berkilat dan bermaya.
dah baca? pe kata awak tgal komen...

Sirih melegakan kesakitan mata

Sekiranya di rumah anda terdapat daun sirih di kala anda sakit mata. Apa yang anda boleh manfaatkan adalah mengambil beberapa helai daun sireh bertemu urat. Rebus daun sireh dengan air. Biarkan sejuk secara semulajadi. Kemudian masukkan air tebusan tersebut dalam mangkuk kecil. Dan kelipkan mata dalam air sireh tersebut. Petua ini juga boleh dilakukan jika tidak sakit. Ia akan mencantikkan putih mata kita serta menyihatkan mata.
dah baca? pe kata awak tgal komen...

Hilangkan kutu kepala

Tumbuk 3 ulas bawamg putih guna lesung batu. Kemudian lumur di kepala dan bungkus dengan penutup rambut/plastik. Biarkan 1/2 jam.Kemudian syampu rambut anda. Cara ini dapat membunuh kutu2 yang ada di kepala anda yea. Jangan biarkan kutu menghantui hidup anda...
dah baca? pe kata awak tgal komen...

Hilangkan parut kulit kaki

Kulit pisang muda boleh menghilangkan parut kecil/nipis. Ambil kulit pisang muda kemudian gosokkan di bahagian parut. Lakukan kerap. Insyalallah mujarab. Selamat mencuba.
dah baca? pe kata awak tgal komen...

Lebatkan rambut

Banyak rambut dah gugur???Meh kita nak kongsi lagu mana nak lebatkan rambut. Saya pernah buat tau.
Ambil beberapa helai daun rambutan muda dan daun bunga raya. Ramas dalam  2 cawan air sampai keluar lendir. Kemudian sapu kat rambut tu. Urut-urut kulit kepala tu. Pastu balut 3 jam dengan penutup rambut/plastik muat2 kepala. Kemudian bilas bersih2.Amalkan ea.....ok.
dah baca? pe kata awak tgal komen...

Legakan melecur

Mungkin ada yang sibuk beli pelbagai produk untuk hilangkan melecur.Tak perlu.Anda cuma perlu bersihkannya dengan air sejuk yang bersih. Ambil beberapa tangkai daun lidah buaya. Ambil isinya yang macam jeli tu. Sapu kat tempat melecur. Amalkan.Kalau dah tahu melecur jangan terkena habuk dan cuaca sangat panas. Pastikan udara bersih. OK?selamat men try...
dah baca? pe kata awak tgal komen...

Hilangkan parut

Guna kulit pisang masak

-Gosokkan kulit pisang kat tempat parut.
-Rajin2 lah buat sampai parut hilang.
-Cara ini sesuai untuk mereka kulit sensitif.

Kayu manis
-Tumbuk kayu manis. Selalu dapat dalam rempah tumis yang mak korang buat masak sup tu.
-Bila dah halus,bancuh ngan sikit air. Sikit je tau. Biar jadi likat dan lekat2.
-Sapu kat parut.
-Kalau kat muka,dinasihatkan agar tidak menyapu keseluruhan muka anda dengan bahan ini.
Kulit anda akan berasa sangat panas.
-Lakukan lah dengan 4 kali seminggu. Tak payah tiap2 hari. Sabar menanti keberkesananya.
dah baca? pe kata awak tgal komen...

Hilangkan jerawat

Maungkin ramai yang pernah dengar dengan macam2 petua nak hilangkan jerawat. Suka saya maklumkan bahawa bukan sahaja kulit berminyak punca kulit jerawat. Tapi bagi mereka yang menggemari solekan juga mudah berjerawat. Sebab.....korang tak cuci bersih2 sebelom tidur. Tu yang tumbuh kulat dan cendawan tu...Jadi basuh lah bersih2 wajah kita sebelom tidur.

Bila dah ada jerawat tumbuh....hiriskan bawang putih dengan nipis. Tepek kat jerawat. Buat sebelom nak tido. Insyalallah esok die kecut. Selamat mencuba.
dah baca? pe kata awak tgal komen...

Kuku bersih dan putih

-Korang nak kuku bersih lagi2 kuku kaki? Takyah g spa n padicure...Amik je ubat gigi yang ada agen whitening. Sapu kat kuku sebelom tidur. Besok pagi cuci ngan air. Amalkan tiap malam. Korang ley tengok hasilnya dalam masa 7 hari sahaja.
dah baca? pe kata awak tgal komen...

Kuku berkilat

Tips mudah untuk kuku kilat menawan tanpa sebarang penggunaan pengilat kuku kimia. Tidak percaya???Lakukan perkara di bawah

~Cuci kuku bersih2 sehingga jangan ada kesan kusam sabun pada kuku. Kemudian ambil mozek atau jubin. Patahkan sedikit. Lagakan kedua-dua bahagian belakang jubin antara satu sama lain sehingga mengeluarkan habuk. Kemudian sapu habuk jubin tersebut pada kuku dan gosokkan. Polish sehingga berkilat. Selamat mencuba.
dah baca? pe kata awak tgal komen...

Hilangkan bau badan

Salam....puan,tuan,mak cik,pak cik..Mari dekat2x...

Saya bukan jual ubat atau apa....tapi mahu bagi tips hilangkan bau badan. Mungkin ramai di luar sana yang mengalami masalah bau badan.Mintak maaf saya katakan saya berkongsi tips ini kerana tidak ingin tuan/puan kurang yakin dengan keadaan ini.

JOM MULAKAN!!!

SATU~~~Kapur makan???tahu tak kapur makan?RM 0.80 satu mangkuk. Coletkan dengan jari dan seletkan kat ketiak. Orang kata dia matikan sel. So matilah bau-bau tidak enak tu.Amalkan tau...


DUA~~~Kat rumah mesti ada daun PANDAN...tak pun belilah kat kedai..Ambil beberapa helai daun pandai yang telah dicuci. Rebus dan minum ketika hangat atau sejuk. Amalkan selalu. Insyalallah, bau kencing pun turut wangi.

Sekian sahaja tips kali ini. Bye...selamat mencuba!!!



dah baca? pe kata awak tgal komen...

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Exchage ur link

Iklan sat~~