Kena belasah! 2-5

Dalam keadaan lepak,ada kawan ajak main futsal lak kul 6. Dah lama tak main dan ada perasaan nak main(tp tak bepe semangat). Setengah jam kul 6,kitorang bersiap untuk bermain futsal. bila sampai sana, aku ngan fira je yang ada sebab diorang otw. O.K.Tungguu....

Berapa minit dalam kereta, ada rakan mengahntar mesej bertanyakan "Ada tak orang cari korang?"(siapa gerangannya?)

Aku yang penat menunggu dengan tidak sabarnya dan rasa bertanggungjawab pergi masuk ke gelanggang futsal. aku ternampak dan terskema sebentar apabila mata comelku terlihat seorang wanita 20-an mendapatkanku. dia bersalam dengan fira dan kemudiaanya aku. aku dikejutkan lagi dengan wanita separa jantina. dia menghulurkan tangan tanda perkenalan. namun hati ragu-ragu(takut batal air sembahyang)...hahhah.

mereka ada TEAM!!Ya...ada TEAM!!!cam ganaz je bunyi yer kan...tapi mmg ganas pon. Wow...heheh...mereka mengenakan short pant. manakala kami mengenakan T_SHIRT putih bersama track bottom hitam,hanya aku memakai seluar maroon 5...

sedikit masa kemudian kawan2 lain muncul....merapati kami. sesi perkenalan bersama team SKUAD HARIMAU MUDA bermula..adalah akak ni aku ingat umur 28,sekali tuh 35..awet muda tuh..ase cam teruja nak aktif dalam futsal bagi tegang semua urat2 dara ni...hahahahkkk

MASuk GelAnGAGng...

>>>Ayu tanya pada kami semua,"nak main campur ke suku2?"
"Cam...cam...pur...."aku jawab dengan ketar lutut.
Ayu setuju dan membahagikan kumpula dengan volunteer system.

Aku dah dapat ase yang team aku kalah actually sebab ada Na(jersi kuning harimau muda). dia mmg teror nampaknya...tengok otot kaki dah tahu die kuat...

Dah siap bagi2 kirorang pong main. mmg tough r diorang...lincah pon ada tapi tak men kasar..i like! Cumenye pergerakan team kitorang lbey kpd kejar2 takdapat+bolos ke pihak lawan. Its O.K..yang penting CONFIDENT..Huhuhu...

Lawan2 kena belasah 2-5...ada antara team kitorang (team xpert) pe nama die erk??wawa kot...macam tak puas hati dia kalah...Jangan nak salahkan kitorang beb...Dia lama dah main..lenjan futsal pon banyak kali siap masuk tournament...Tapi pe yg MEMBANGGAKAN yan n wani dapat blocking bola dia even 2 sahabat kite ni tak pernah ada coach and traning. Men futsal pon baru 3x masuk kali ni..hmmm....

Penghargaan buat...

1. Fira
2. Idah
3.Ina
4.Su
5. Yan
6.Wani
7.Diri sendiri

kerana telah jd sporting dan berani menyahut cabaran baru ini..Jangan mengalah..jangan gentar....jangan malu...jangan putus asa....

Andai kita sepakat,sepakat membawa berkat...(bukan berkat kenduri tuh)

http://www.emocutez.com

dah baca? pe kata awak tgal komen...

0 comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Exchage ur link

Iklan sat~~