Kenapa aku tiba-tiba nak sentuh bab ini erk? Memang secara biasanya mengguna/meminjam barang orang ni jadi tabiat. Nak2 plak kawan sebilik,serumah,adik beradik,rakan sekelas. Contoh aku bagi,rakan sekelas suka pinjam liquid paper dan pen. Kadang2 sampai tak pulang(buat atuk). Hmmm....
Meh kita tengok apa barang yang selalu orang pinjam..
Carta 3 "housemateku suka meminjam"
Tangga 1--suka pinjam baju. Nak2 kalu g hang out...Konon takde baju yang sesuai. Nak macthingkan dengan selendang,sanggup pinjam baju kawan. Kawan pun jenis tak kisah. Tapi...kalau dah bertahun dia guna tak pulang,apa tak bankrap si kawan tu. Cian2...
Tangga 2--Pinjam duit. Ni paling parah. Nak2 yang suka beli barang2 branded. Duit takde tapi nak pakai hot stuff.Konon up to dated. Pe guna kalo up to date,tp hutang tu dah sampai exp date!?Lu pk sendiri...
Tangga 3--baldi/bakul baju/hanger
Hok ni aku pernah lalui. Yang mana ada r sorang kawan tu pinjam aku puyer jaring baju yg wat isi baju kotor tu. Sehari tak pulang,....2 hari tak pulang...3 hari tak pulang...hari keempat masih tak pulang. Dia masih perkasamkan bajunya di dalam bakul kain itu. Lalu pada suatu hari aku mahu membasuh bajuku. Terpaksa aku meletakkan baju-bajunya di dalam bekas lain. Maaf yea kawan. Saya nak pakai gak bakul ni...Ngee....
Tak cukup ngan tu, aku baru beli hanger helikopter yg wat sangkut spentot and brazil. Baru guna sekali,ianya telah dipinjam lesap tanpa ada gerenti...Nguuu...sekali lagi hampa dengan peminjam tak bertauliah ni..Parah jiwa....
Carta 3 " classmate aku peminjam"
Tangga 1--suka pinjam pen. Memang pen murah tp kalo dah 5 batang hilang dalam masa sebulan. Tauke babi pun marah anak dia pinjamkan pen kat kawan2..
Tangga 2--Pinjam novel/buku
Kalau nak dikira sebuah novel tu harga dia paling koman rm19.Tol tak? Nak2 si gadis2 ni suke sangat baca novel cintan. Sampaikan novel tu bertukar-tukar peminjam tanpa diketahui oleh si pemilik. Kadang2 memang wat si tuan ni bengang. Bila tak bg pinjam kata kedekut lak...
Tangga 3--Duit
Memang biasa hutang tak langsai. kadang2 peminjam lupa yang dia ada hutang. Takut sebenarnya kita kena pikul duit yang besar di akhirat nanti untuk dipulangkan kepada si pemiutang.Tapi dah tak ingat. HALAL jelah...
dah baca? pe kata awak tgal komen...